Tuesday 25 May 2010

PERUBAHAN


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Moga kalian semua sihat sentiasa..insyaAllah..~
Ayatul Husna kali ini berkenaan dgn PERUBAHAN..perubahan terlalu subjektif utk dirungkai maksudnya..setiap org punya maksud yg tersendiri..

Sedar x sedar, sebenarnya Allah telah menceritakan tema PERUBAHAN ini dari surah An-Nas sehingga surah Al-Kafirun?
Jom..kita explore..!!

1. Surah An-Nas (Manusia)

- Surah ini menceritakan betapa bahayanya syaitan itu... mmg sudah terang lg jelas syaitan itu adalah musuh kita yg nyata! jadi berwaspadalah~

- Allah memerintahkan kita agar berlindung denganNYA dari segala kejahatan yang datang ke dalam jiwa melalui SYAITAN JIN ataupun SYAITAN MANUSIA!!!

- apa SENJATA kita??? Ini antara Kuncinya...

~ keimanan yg mantap!
~ zikir pelengkap perang
~ doa senjata mukmin

Ada senjata lain?? Kongsikan bersama ye =)


2. Surah Al-Falaq (Waktu Subuh)

- Allah memerintahkan kita BERLINDUNG dari kejahatan zahir. Ape contohnya??
1. kejahatan makhlukNYa
2. kejahatan malam.*[krn pd waktu ini manusia tanpa segan silu melakukan kemungkaran kerana merasakan tiada siapa yg nampak!!!]
3. kejahatan tukang sihir
4. kejahatan pendengki

3. Surah Al-Ikhlas (Kemurniaan KeEsaan Allah)

- kita melakukan perubahan..tapi apa tujuan kita melakukan perubahan itu??
"Tepuk Dada tanya Iman"
- jawapan yang pasti ada dlm Surah ini... sudah tentulah hanya kerana ALLAh s.w.t
- surah ini ibarat 1/3 daripada Al-Quran.
- jelasnya surah ini adalah mengESAkan Allah...



4. Surah Al-Masad/Al- Lahab ( Gejolak Api)

- surah ini menceritakan tentang Abu Lahab dan isterinya yang dilaknat Allah.

- betapa hebat cabaran yang dihadapi Rasullah S.A.W apabila saudara terdekat baginda
menentang.Bayangkan bagaimana kita menghadapinya jika berada di tempat baginda??!!

5. Surah An-Nashr (Pertolongan)

- Allah berjanji Islam itu akan menang & pertolongan Allah itu pasti akan datang... Adakah kita golongan terpilih itu??? renung-renungkanlah!!

- apa pula tindakan kita setelah mendapat pertolongan Illahi???
pilihlah yg mana satu idaman kalbu:

A) keluar makan meraikan kemenangan, kejayaan,etc..
B) tersenyum puas seluas-luasnya =D
c) menjerit keriangan + menghebohkan kpd org kampung ;P
D) bangga mengatakan "sebab AKUlah!!"
E) bersyukur+bertasbih memuji Illahi ;)

JAWAPAN: ____ [Anda dan Allah shj yg mengetahui]

- ada dua golongan. Siapakah Anda??? Di manakah anda tergolong?!
1. Org yg menunggu sahaja pertolongan itu datang
2. Org yg berusaha mencari


6. Surah Al-Kafirun (Orang-Orang Kafir)

- Hitam & Putih. Ape tu???

Allah telah berfirman dalam surah ini... dengan menegaskan bahawa:
Tuhan yang disembah Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya bukanlah apa yang disembah oleh orang-orang kafir, dan Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir.

- Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kaum Quraisy berusaha mempengaruhi Nabi dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikahwinkan dengan yang beliau kehendaki. Usaha ini disampaikan dengan berkata:

"Inilah yang kami sediakan bagimu hai Muhammad, dengan syarat agar engkau jangan memaki-maki tuhan kami dan menjelekkannya, atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun."

Nabi S.A.W menjawab: "Aku akan menunggu wahyu dari Tuhanku." (S.109:1-6)
Ayat ini turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk menolak tawaran kaum kafir.

Betapa susah dan payahnya kita mahu melakukan perubahan kerana halangan-halangan daripada:-
1. Syaitan jin, syaitan manusia (An-Nas)
2. Kejahatan malam,tukang sihir,pendengki,kejahatan makhlukNya ( Al-Falaq)
3. Keluarga sendiri (Al-Lahab)
4. Masyarakat setempat.(Al-Kafirun)

Namun Allah telah menjanjikan pertolongan itu pasti akan datang!
Mohonlah perlindungan dan pertolongan daripada yang Maha Esa dengan menjadi golongan kedua iaitu golongan yang berusaha!!! (surah An-Nashr)


“kebaikan bersandarkan kekuatan, kejahatan bersandarkan kelemahan”

*Maaf atas segala kekurangan.Mohon tambah dan perbetulkan apa yg perlu.

mata melihat,hati memahami,akal bertindak~



sila buka untuk cerita yg lain2!!! best sgt~
http://www.facebook.com/album.php?aid=59583&id=1185332934&ref=mf

Friday 5 March 2010